August 30, 2012

MENGENALI AMALAN 5S


TUJUAN 
Tujuan Bahagian Satu ini ialah untuk memberi pemahaman tentang Amalan  5S



LATAR BELAKANG 
Konsep Amalan 5S mula diperkenal kepada syarikat-syarikat di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Amalan 5S ialah kaedah atau alat pengurusan yang boleh mewujudkan persekitaran di tempat kerja berkualiti yang selesa, kemas dan selamat di dalam organisasi  dan  menentukan kepatuhan kepada 
piawaian serta dapat memupuk usaha penambahbaikan yang berterusan.  

Di Malaysia, konsep Amalan 5S mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980an dan telah dipraktikkan
dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional. Kini banyak agensi-agensi Perkhidmatan Awam mengamalkan Amalan 5S malah ada di kalangannya telah mendapat pengiktirafan menerusi 
persijilan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).   

MEMAHAMI KONSEP AMALAN 5S 
 Amalan 5S
1. Amalan 5S merupakan alat pengurusan persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh Jepun dengan penumpuan kepada lima (5) langkah tindakan pelaksanaan yang bermula  dengan huruf awalan ‛S‟ yang
bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik. Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi 5S. Dalam Bahasa Melayu memberi
maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.

2. Amalan 5S merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai „Kaizen‟ dalam Bahasa Jepun. Kaizen adalah cara pembaikan dilakukan
secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan terutama dalam aktiviti yang berorientasikan manusia dan proses. Bagi menjayakannya, penyertaan dan komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua
peringkat anggota dalam organisasi.

3 Amalan 5S adalah asas peningkatan  kualiti dan produktiviti yang berkesan kerana:


(a) Mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan produktif;
(b) Hasil kebersihan, kekemasan dan keselamatan yang nyata;
(c) Lebih banyak idea kreatif dan inovatif diketengahkan oleh pekerja untuk penyelesaian masalah dan penambahbaikan;
(d) Semua pekerja akan lebih berdisiplin  dan  beretika untuk menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik;
(e) Operasi di tempat kerja lebih senang, pantas dan selamat;
(f) Membina budaya kerja dan nilai bersama yang cemerlang; dan
(g) Menjadi kebanggaan semua pekerja dan meningkatkan imej

Apakah Amalan 5S?

Amalan untuk wujudkan tempat kerja lebih produktif.
 Mempastikan mesin/kelengkapan bersih, berfungsi.
 Membina budaya kerja yang positif dan dinamik.
 5S ialah lima perkataan Jepun iaitu Seiri, Seiton, Seiso,
Seiketsu dan Shitsuke.
 Amalan 5S meliputi pengetahuan teknikal, praktikal dan logik
untuk menghasilkan penambahbaika

No comments:

Post a Comment