November 16, 2012
September 28, 2012
Antara Gambar-Gambar di Pejabat Sebelum Amalan 5S
Alhamdulillah, setelah melalui satu peringkat iaitu selepas Kusus 5S tempohari, semua staf ILKM mengambil langkah seterusnya dengan menyisih dahulu barang-barang yang tidak sepatutnya berada ditempat kerja terutama di workstation masing-masing. Kalau diikutkan memang terlalu banyak kesalahan walaupun ditempat duduk kita sendiri, termasuklah staf di ILKM ini memang banyak pekara atau barang-barang yang tak sepatutnya berada di atas meja, dinding workstation, laci, kabinet, bilik fail dan lain-lain tempat.
Jom tengok serba sedikit beberapa kesalahan di tempat kerja, gambar-gambar ni adalah sebelum proses 5S, sekarang masing-masing sudah menyedari akan kelebihan 5S dan dalam usaha untuk menjayakan amalan 5S ini ditempat kerja.
Jom tengok serba sedikit beberapa kesalahan di tempat kerja, gambar-gambar ni adalah sebelum proses 5S, sekarang masing-masing sudah menyedari akan kelebihan 5S dan dalam usaha untuk menjayakan amalan 5S ini ditempat kerja.
Macamnilah suasana ofis kami sebelum di 5S kan, sakit matakan? memang nampak serabut. Alhamdulillah, selepas acara penyisihan nampaknya dan semakin nampak keberkesanannya.
Gambar-gambar selepas di sisih akan di upload di lain entry.
September 25, 2012
August 30, 2012
Pertandingan Mencipta Logo 5S & Slogan 5S
Pertandingan mencipta logo dan slogan telah diadakan di ILKM Jawi, semua staf mengambil bahagian, tarikh tutup penyertaan 28 Ogos 2012 penyertaan adalah tanpa nama. Pemilihan pemenang adalah melalui undian semua peserta, dan pada 30 Ogos 2012 pengumuman pemenang telah diadakan secara sederhana. Lima peserta top 5 telah dipilih, dan pemenang yang mendapat hadiah saguhati adalah di tempat pertama sahaja. Kemenangan mencipta logo ini jatuh kepada Puan Zarina binti Abdul Naim dengan rekaannya yang simple tapi menarik. Slogan terbaik dimenangi oleh Puan Norhuda binti Abd Razak.
Logo 5S yang memenangi tempat pertama ciptaan Puan Zarina Abdul Naim |
"Say Yes to 5S"
Logo 5S yang memenangi tempat pertama ciptaan Puan Zarina Abdul Naim |
Logo-logo yang mendapat tempat ke-2, ke-3 dan ke-4 (seri 2 pemenang)
Pengenalan 5S
Pengenalan 5S
5S merupakan satu aktiviti dalam meningkatkan persekitaran pejabat. Amalan ini dijadikan sebagai tempat terpenting dalam membentuk disiplin pekerja dan pelajar bagi memastikan sekolah serta asrama bersih, teratur, sempurna, selamat dan mudah diawasi dalam usaha meningkatkan mutu kerja, proses, peralatan, keselamatan dan perkhidmatan.
Penerangan Konsep 5S
Berikut adalah penerangan mengenai 5S:-
SEIRI – SISIH – SORT
Sisih barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan buangkannya secara sistematik.
SEITON – SUSUN – SET IN ORDER
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.
SEISO – SAPU – SHINE
Bersihkan tempat kerja dan pastikan tiada kekotoran di lantai, mesin dan peralatan.
SEIKETSU – SERAGAM – STANDARDISE
Pastikan tempat kerja sentiasa kemas dan bersih mengikut peraturan.
SHITSUKE – SENTIASA AMAL – SUSTAIN
Amalkan sistem 5S secara berterusan hingga menjadi budaya organisasi.
Sisih barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan buangkannya secara sistematik.
SEITON – SUSUN – SET IN ORDER
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.
SEISO – SAPU – SHINE
Bersihkan tempat kerja dan pastikan tiada kekotoran di lantai, mesin dan peralatan.
SEIKETSU – SERAGAM – STANDARDISE
Pastikan tempat kerja sentiasa kemas dan bersih mengikut peraturan.
SHITSUKE – SENTIASA AMAL – SUSTAIN
Amalkan sistem 5S secara berterusan hingga menjadi budaya organisasi.
Definisi 5S
Program 5S melibatkan aktiviti seperti menyisih, menyusun, membersih dan mengatur yang dilaksanakan secara berterusan dan sukarela mengikut piawaian yang telah ditentukan oleh sekumpulan manusia di sekolah/asrama/makmal/bengkel yang sama secara bekerjasama untuk menjadikan persekitaran dan tempat kerja lebih efektif dan produktif.
MENGENALI AMALAN 5S
TUJUAN
Tujuan Bahagian Satu ini ialah untuk memberi pemahaman tentang Amalan 5S
LATAR BELAKANG
Konsep Amalan 5S mula diperkenal kepada syarikat-syarikat di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Amalan 5S ialah kaedah atau alat pengurusan yang boleh mewujudkan persekitaran di tempat kerja berkualiti yang selesa, kemas dan selamat di dalam organisasi dan menentukan kepatuhan kepada
piawaian serta dapat memupuk usaha penambahbaikan yang berterusan.
Di Malaysia, konsep Amalan 5S mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980an dan telah dipraktikkan
dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional. Kini banyak agensi-agensi Perkhidmatan Awam mengamalkan Amalan 5S malah ada di kalangannya telah mendapat pengiktirafan menerusi
persijilan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
Amalan 5S
1. Amalan 5S merupakan alat pengurusan persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh Jepun dengan penumpuan kepada lima (5) langkah tindakan pelaksanaan yang bermula dengan huruf awalan ‛S‟ yang
bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik. Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi 5S. Dalam Bahasa Melayu memberi
maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.
2. Amalan 5S merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai „Kaizen‟ dalam Bahasa Jepun. Kaizen adalah cara pembaikan dilakukan
secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan terutama dalam aktiviti yang berorientasikan manusia dan proses. Bagi menjayakannya, penyertaan dan komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua
peringkat anggota dalam organisasi.
3 Amalan 5S adalah asas peningkatan kualiti dan produktiviti yang berkesan kerana:
(a) Mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan produktif;
(b) Hasil kebersihan, kekemasan dan keselamatan yang nyata;
(c) Lebih banyak idea kreatif dan inovatif diketengahkan oleh pekerja untuk penyelesaian masalah dan penambahbaikan;
(d) Semua pekerja akan lebih berdisiplin dan beretika untuk menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik;
(e) Operasi di tempat kerja lebih senang, pantas dan selamat;
(f) Membina budaya kerja dan nilai bersama yang cemerlang; dan
(g) Menjadi kebanggaan semua pekerja dan meningkatkan imej
Apakah Amalan 5S?
Amalan untuk wujudkan tempat kerja lebih produktif.
Mempastikan mesin/kelengkapan bersih, berfungsi.
Membina budaya kerja yang positif dan dinamik.
5S ialah lima perkataan Jepun iaitu Seiri, Seiton, Seiso,
Seiketsu dan Shitsuke.
Amalan 5S meliputi pengetahuan teknikal, praktikal dan logik
untuk menghasilkan penambahbaika
AHLI JAWATAN KUASA KERJA 5S ILKM
PENGERUSI
(PUAN NORHUDA BINTI ABD RAZAK)
PENYELARAS 5S
(ENCIK LUKMAN HAKIM BIN HASAN)
KETUA JAWATAN KUASA LATIHAN
(PUAN ZARINA BINTI ABDUL NAIM)
KETUA JAWATANKUASA PROMOSI
(PUAN NORADIBAH BINTI ABU BAKAR)
KETUAJAWATANKUASA AUDIT 5S
(PUAN MUNALIZA BINTI MAT LAZIM)
Selamat Datang
Sebagai langkah permulaan untuk memastikan semangat 5S terus membara di kalangan warga ILKM, pihak pengurusan telah mengambil inisiatif mengadakan Kursus KAIZEN kepada seramai 30 orang wargakerja ILKM pada 31 Julai hingga 01 Ogos 2012. Kursus yang dijalankan di Dewan Diamond ILKM telah dikendalikan oleh Integrated Kaizen Sdn Bhd sebagai fasilitator. Objektif utama kursus ini adalah untuk memastikan amalan 5S dilakukan secara berterusan dalam aktiviti yang berorientasikan manusia dan proses.
Subscribe to:
Posts (Atom)